Saturday, June 15, 2024

Update berkenaan homestay

 Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha Sungai Dua Butterworth

Homestay kami bermula dengan 1 unit teres dua tingkat di pekan Sungai Dua, Butterworth (berdekatan exit Lebuhraya PLUS Tol Sungai Dua) pada tahun 2013, dikenali dengan nama Zulaikha Homestay. 

Kemudian diikuti yang kedua setahun selepasnya, dikenali pula dengan nama Rossa Homestay, kedua-duanya di taman yang sama serta model rumah yang sama, cuma lorong sahaja berlainan.

Beberapa tahun kemudian, kami menambah satu lagi unit homestay di Seri Tanjung Pinang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang (di kawasan dalam pulau). Ini adalah unit apartment dengan 3 bilik, 1 bilik mandi dan 1 bilik air (dulu dikenali dengan nama Anna Homestay).

Kemudian, pada tahun lepas, 2023, kami menambah satu unit homestay lagi, kali ini kembali ke Taman Sungai Dua Utama, taman yang sama dengan dua homestay yang pertama. 

Jadi kesemuanya 4 rumah tersenarai di bawah Rangkaian Homestay Zulaikha Sungai Dua Butterworth.


Namun, buat masa sekarang, hanya 2 unit beroperasi sepnuhnya sebagai homestay iaitu Homestay Rossa dan Homestay Anna (unit di Butterworth).


Ini kerana 1 unit di Taman Sungai Dua Utama serta 1 unit di Seri Tanjung Pinang telah disewakan untuk jangkamasa panjang.


Untuk maklumat lanjut, boleh whatsApp ke nombor:

0124208212 (Ana)

0124818212 (Zul)



Rangkaian Homestay Zulaikha Sungai Dua Butterworth

 Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha Sungai Dua Butterworth - Rumah Rossa

Foto: 





*Rangkaian Homestay Zulaikha*

Lokasi: Taman Sungai Dua Utama, Butterworth.

Nama homestay : Rossa (teres dua tingkat)

Details rumah:

1) 4 bilik dengan katil saiz queen setiap bilik
2) Setiap bilik dilengkapi almari & kipas siling, 2 bantal & 1 selimut 
3) Master bedroom (tingkat atas) & ruang tamu dilengkapi aircond (serta kipas siling)(Jumlah: 2 unit aircond)
4) Dapur berserta dengan kemudahan serta perkakasan memasak yang asas
5) Mesin basuh & detergent
6) Peti sejuk (MEDIUM size)
7) Iron & iron board
8) Shower gel disediakan di setiap bilik air (3 bilik air)
9) Parking untuk 2 buah kereta di porch
10) cadangan kapasiti MAKSIMUM tetamu: 8 dewasa, 4 kanak2

RM230/malam: Hari Biasa 
RM250/malam: Public Holidays & Musim Perayaan

C/in time: 3pm
C/out time: 12pm

Contact: 0124208212 (Ana) / 0124818212 (Zul)


Saturday, August 12, 2017

Zulaikha Homestay

Teks: Zulaikha Homestay / Rossa Homestay
Foto: Zulaikha Homestay / Rossa Homestay









Lokasi: Taman Sungai Dua Utama, Butterworth

Kemudahan: 
- 4 bilik dengan katil saiz queen
- Setiap bilik dilengkapi almari & kipas siling, 2 bantal & 1 selimut saiz queen
- master bedroom & ruang tamu dilengkapi aircond
- dapur lengkap dengan kemudahan serta peralatan memasak
- mesin basuh
- peti sejuk
- sabun mandi disediakan di setiap bilik air (3 bilik air)
- parking untuk 2 buah kereta di porch 

Thursday, July 6, 2017

Pengurusan homestay: pemilihan perabot

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha

Nampak simple tapi, bab paling penting dalam pemilihan perabot ni adalah praktikaliti & maintenance. Yep! Right!

Ikuti ulasan ringkas berikut:

1) Katil: beli jenis divan.
Sebab?
Kau tak payah nanti nak merangkak bawah katil tu semata-mata nak capai plastik twisties di hujung tepi dinding. Kan penat? Haha!

2) Meja makan: beli jenis berat, top finishing kaca.
Sebab?
Kebarangkalian meja kau diubah ke sana-sini adalah kurang. Berat kan? Otherwise, selamat bertolak-tolak. Haha. Lagi satu, bila table top tu kaca, senang nak cuci. Bersih, comel je kan? Nak makan pun bertambah nasi nanti, right? 😉

3) Sofa: beli yg suede boleh, kulit pun boleh
Sebab? Sofa ni sebenarnya dia menambah ambience yang menarik kepada homestay korang. Tak percaya? Cuba tengok ruang tamu rumah korang dengan rumah mak cik Milah yang menang hadiah sofa Lorenzo semalam? Haha! Lawak di petang hari.
Tapi? Pastikan sofa ni semua jenis yang tahan lasak dan simple, kalau boleh bukan jenis yang boleh transform jadi katil ke apa. Sebab? Pening kepala bab maintenance nanti (dah ada experience ni, 🤦🏻♀️😅).

4) Almari: beli jenis yang ada cermin kat pintu.
Sebab? Kau dah save cost & save time untuk mengemas nanti. Kalau beli jenis yang ada meja solek bagai (boleh je kalau nak beli, tak salah, tapi I'm talking about saving time untuk maintenance & bab mengemas), nanti tiap-tiap kali nak sapu, kau kena tarik bangku meja solek tu, tak kira lagi bab kaki bangku tu patah? Adeh! Pening! 😅

Okey. Setakat tu dulu.

Apa yang ditulis ni adalah dari pengalaman saya menguruskan homestay. Diharap ianya bermanfaat untuk yang bercadang ingin memulakan bisnes homestay, atau yang sudah memulakan bisnes & ingin mengembangkan lagi bisnes sedia ada.

Sumbangan idea & penambahbaikan amat dialu-alukan & boleh email ke rozannezakaria@gmail.com.

Thanks for reading! 😍




Tuesday, March 28, 2017

Rumah untuk disewa

Teks: Anna Homestay
Foto: Anna Homestay



Anna Homestay untuk disewa (long-term tenant);

- Palm Court Apartment, Tanjung Tokong.
- Tingkat 1, fully furnished,
- 3 bilik tidur, 2 bilik aircond, 1 bilik kipas,
- 1 bilik air, 1 bilik mandi
- berdekatan shopping complex Island Plaza, Tesco Seri Tanjung Pinang, Straits Quay Mall.
- Hanya 10-15 minit ke Gurney Drive & Batu Feringghi.
- Sewa RM1300/month (negotiable)

Berminat?

Hubungi Zul (0124818212) untuk maklumat lanjut.

Thursday, January 26, 2017

Penurunan Harga!

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha
Foto: Anna Homestay


Pengumuman penurunan harga Anna Homestay, Palm Court Apartment, Tanjung Tokong, dari RM230 ke RM200, berkuatkuasa serta-merta.

Harap maklum.

Tuesday, December 27, 2016

Pentingnya Adab dalam Berbisnes

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha (RHZ)
Foto: Rangkaian Homestay Zulaikha

Anna Homestay, Apartment Palm Court, Tanjung Tokong

Situasi 1:
Seseorang mesej untuk bertanyakan homestay.

Caller: Ni Zulaikha Homestay?
RHZ: Ye betul.
Caller: Nak tanya homestay ni di mana?
RHZ: (Blue tick): baca mesej tapi tak sempat balas kerana mesyuarat bermula.
...

Selang beberapa lama selepas itu.

Caller: Blue tick je? Macam ni baik tak payah meniaga!!!
RHZ: ... (kelu tak terkata apa-apa).

Situasi 2:
Seseorang mesej, juga untuk bertanya tentang tempahan homestay.

Caller: Salam cik, saya *Am, nak tanya tempahan homestay untuk raya nanti.
RHZ: Ye cik Am. Homestay masih kosong. Berapa haribulan ye?
Caller: Tarikhnya dari ... sehingga .... Macam mana dengan deposit ye?
RHZ: Deposit saya ambil RM50 satu malam cik.
Caller: Ok saya confirm untuk booking, nanti selepas bank in deposit saya notify ye.
RHZ: Ok terima kasih banyak-banyak cik Am.
Caller: Sama-sama

...
Selang beberapa hari selepas itu.

Caller: Salam cik Ana, saya dah bank in deposit. Confirm ye.
RHZ: Salam cik Am. Baik, saya block booking calendar untuk cik.

*bukan nama sebenar.

Kesimpulan:

Urusan masing-masing akan jadi mudah andai kedua-dua pihak bertoleransi dan saling hormat-menghormati.
Tidak rugi pun berbudi bahasa, kan?