Thursday, July 3, 2014

Ramadham Kareem...


scrapalleyretreats.com


Text: Zulaikha Homestay
Photo: Google

Official announcement!!!

During the month of July, our homestay is FULLY BOOKED. Thank you for your support...upcoming booking for August onwards is already opened now! Thank you for your strong support to Zulaikha Homestay!!

Wednesday, June 11, 2014

Terma dan syarat...




Text: Zulaikha Homestay

Salam...hari baru,  azam baru...jom! 

Terma dan Syarat Penginapan di Zulaikha Homestay
    1. Penginapan di Zulaikha Homestay hanya dikhaskan untuk tetamu yang beragama Islam (muhrim) sahaja.

    2. Masa check-in adalah pada/selepas jam 2.00 petang dan masa check-out pada/sebelum jam 12.00 tengah hari.

    3. Tetamu hendaklah menjelaskan keseluruhan bayaran/atau baki selepas bank-in deposit penginapan dalam Ringgit Malaysia (RM) (tunai) ketika daftar masuk.

    4. Penghuni hendaklah sentiasa memastikan semua suis elektrik, air-cond, lampu, kipas dan air ditutup selepas digunakan serta semasa meninggalkan rumah.

    5. Penghuni hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan rumah sepanjang menginap di Zulaikha Homestay.

    6. Dilarang melakukan sebarang perbuatan/ aktiviti berbentuk maksiat, tidak bermoral dan menganggu ketenteraman awam.

    7. Penghuni adalah dilarang merokok di dalam/luar premis Zulaikha Homestay.

    8. Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan kemudahan yang disediakan di Zulaikha Homestay dalam keadaan baik dan tidak boleh diambil atau dibawa balik. Sebarang peralatan yang rosak atau hilang hendaklah diganti oleh penghuni.

    9. Kenderaan penghuni hendaklah diletakkan di tempat parkir yang telah disediakan serta tidak menimbulkan gangguan kepada kawasan lalu lintas dan jiran sekitarnya.

    10. Sebarang perubahan tempahan perlu dimaklumkan segera dan pindaan tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan penginapan.

    11. Pihak kami berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

    12. Keselamatan penghuni dan barangan adalah menjadi keutamaan kami. Oleh itu, penghuni adalah dinasihatkan supaya:

        Sentiasa mengawasi dan mengawal tingkah laku keluarga/ rakan yang menginap bersama di Zulaikha Homestay;

        * Sentiasa mengawasi barangan berharga yang dibawa bersama dengan baik; dan

        * Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/ dikunci apabila bermalam di Zulaikha Homestay dan ketika meninggalkan rumah.

          Pihak pengurusan Zulaikha Homestay tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan dan kerosakan harta benda, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penghuni dan tetamu mereka. Keselamatan penghuni dan harta benda adalah dibawah tanggungjawab penghuni sendiri.

          # Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada pindaan dan perubahan dari semasa ke semasa.

           - Pengurusan Zulaikha Homestay -

          Sunday, May 25, 2014

          Welcome to Zulaikha Homestay...



          Text: Zulaikha Homestay
          Photo: Zulaikha Homestay

          Homestay kami mula beroperasi pada awal tahun ini. Setakat ini, Alhamdulillah permintaan untuk menginap di sini sentiasa ada, feel free to browse antara gambar-gambar kediaman homestay kami.


          Ruang tamu...equipped with air cond + two sofa sets.
           Washing Machine
           Lagi imej ruang tamu.
           Ruang Tamu...angle berbeza
           Meja Makan
          Master Bedroom with air cond + iron board
           
          Ruang menonton di tingkat atas
           Sofa set + air cond. Lagi imej ruang tamu
          Bilik di tingkat bawah