Tuesday, December 27, 2016

Pentingnya Adab dalam Berbisnes

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha (RHZ)
Foto: Rangkaian Homestay Zulaikha

Anna Homestay, Apartment Palm Court, Tanjung Tokong

Situasi 1:
Seseorang mesej untuk bertanyakan homestay.

Caller: Ni Zulaikha Homestay?
RHZ: Ye betul.
Caller: Nak tanya homestay ni di mana?
RHZ: (Blue tick): baca mesej tapi tak sempat balas kerana mesyuarat bermula.
...

Selang beberapa lama selepas itu.

Caller: Blue tick je? Macam ni baik tak payah meniaga!!!
RHZ: ... (kelu tak terkata apa-apa).

Situasi 2:
Seseorang mesej, juga untuk bertanya tentang tempahan homestay.

Caller: Salam cik, saya *Am, nak tanya tempahan homestay untuk raya nanti.
RHZ: Ye cik Am. Homestay masih kosong. Berapa haribulan ye?
Caller: Tarikhnya dari ... sehingga .... Macam mana dengan deposit ye?
RHZ: Deposit saya ambil RM50 satu malam cik.
Caller: Ok saya confirm untuk booking, nanti selepas bank in deposit saya notify ye.
RHZ: Ok terima kasih banyak-banyak cik Am.
Caller: Sama-sama

...
Selang beberapa hari selepas itu.

Caller: Salam cik Ana, saya dah bank in deposit. Confirm ye.
RHZ: Salam cik Am. Baik, saya block booking calendar untuk cik.

*bukan nama sebenar.

Kesimpulan:

Urusan masing-masing akan jadi mudah andai kedua-dua pihak bertoleransi dan saling hormat-menghormati.
Tidak rugi pun berbudi bahasa, kan?

Saturday, December 24, 2016

Jom Travel

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Di sebalik hujan, sentiasa ada pelangi yang indah.

Travelling sentiasa menjadi minat saya selamanya.

Call it a bit exaggerating a statement.
Call it whatever, I love travelling, it's in my blood.
Rasanya saya mendapat ini daripada ayah saya yang suka berjalan melihat tempat orang.

Saya berasal dari kampung kecil, Kampung Pida Tiga.
Saya percaya ramai yang tidak tahu 'kewujudan' kampung saya dalam peta Malaysia ini. Hehe.
Tapi jika saya katakan saya berasal dari daerah Kubang Pasu, agaknya majoriti dapat menggambarkan di mana saya ye.

Kecil-kecil dahulu, ayah suka bawa saya berjalan-jalan meronda pekan Alor Setar.
Ketika itu Jitra masih belum dibangunkan seperti hari ini.
Disebabkan nature saya suka meronda seperti ayah, kami memang ngam dalam bab ini sejak saya kecil.

Adik lelaki saya pula jika diajak ayah, selalu menolak.
Jadi, saya gunakan kesempatan itu menawarkan diri menggantikan adik. Hehe.
Emak pula memang tidak kisah kerana kata emak,
"Depa dua orang ni, kalau berjalan jenuh nak ikut, habis satu pekan Alor Setaq ni depa ronda".
Saya tersenyum mengingatkan itu.

Rentetan daripada itu, di sekolah menengah, saya akan pastikan saya meberuskan 'tradisi' itu setiap hujung minggu, Sabtu, keluar ke pekan.
Saya tinggal di asrama dan setiap Sabtu kami dibenarkan keluar ke bandar.
Apa lagi, peluang yang saya gunakan sepenuhnya sepanjang 5 tahun saya bersekolah menengah di Pekan Alor Setar.

Di universiti, saya bersama kawan-kawan pernah pergi sejauh Umbai, Melaka semata-mata kerana ikan bakar!
Ketika itu saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Gombak.

Memasuki alam pekerjaan, saya pastikan setiap tahun saya akan pergi holiday bersama kawan-kawan. Memang travelling adalah the in-thing bagi saya. Gatal rasanya kaki saya jika tidak dapat berjalan-jalan. :)

Setelah berkahwin, takdir Allah menentukan segalanya.
Suami saya adalah avid traveller!
Apalagi, daripada awal-awal dahulu kami hanya travel dalam negara, sekali setahun; kini kami menapak ke luar negara.
Juga, dahulu saya hanya bercuti sekali setahun, kini sudah menjadi dua kali setahun.
Sedar tak sedar, kini perkahwinan kami sudah memasuki tahun ketiga belas.
Dan tiada satu tahun terlepas tanpa kami travel ke mana-mana.

Jadi, dengan beberapa hari berbaki ke penghujung 2016, apa kata anda pergi jalan-jalan bersama keluarga?
masa yang singkat bukan bererti kegembiraan kita juga harus 'singkat', bukan?

Jom! Ikuti catatan travel saya berjalan-jalan di Perak dan Pulau Pinang!
Nantikan update saya dari tempat-tempat menarik sekitar dua negeri ini!

Happy holiday!


Tuesday, December 20, 2016

Rutin pengusaha homestay

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha
Foto: Anna Homestay


Hendak dikatakan rutin harian, tidaklah sangat. Sebab? Setakat ini orang menginap di homestay saya tak adalah sampai 365 hari setahun. Hehe. Belum lagi agaknya. 😇

Hari kejadian.
Seawal hari tetamu bakal menginap. Jarang saya boleh bersenang-lenang. Macam-macam di fikiran. Usai homestay dikemas, terfikir kalau-kalau servis tidak menepati citarasa tetamu.

Check-in.
Semasa check-in, berdebar juga. Aturan biasa adalah ambil baki duit tempahan (setelah ditolak deposit awal), serah kunci, kemudian urusan 'selesai'.

Check-out.
Sehingga ke tahap ini, senak di perit hampir hilang. Apabila tetamu check-out, kemudian dapat whatsApp penghargaan atau mereka berpuas hati, fuh! Lega yang teramat sangat.

Mengemas.
Selalunya ada seorang kakak ini yang akan mengemas homestay saya setelah tetamu keluar. Namun, adakala kak N ada hal yang tidak dapat dielakkan, jadi saya akan mengemas sendiri. Haha! Penat memang penat. Jika 1 homestay 2 jam minimum masa untuk mengemas, jadi 2  homestay, 4 jam. Itu pun, jika tumah tidak ditinggalkan bagai 'tongkang pecah'! Haha.

Kesimpulan.
Walau apa pun yang kita lakukan, tiada jalan pintas untuk berjaya. Setiap liku-liku kehidupan dan onak duri, harus kita lalui untuk suatu kejayaan yang bermakna. Andai tiada malam yang gelap-gelita, masakan kita dapat menikmati keindahan bintang-bintang di angkasa, bukan?

Sampai ketemu lagi.

Saturday, December 3, 2016

Tawaran Hebat Disember 2016/ Januari 2017

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha
Foto: Rangkaian Homestay Zulaikha

               Rossa (teres 2 tingkat)

             Zulaikha (teres 2 tingkat)

                Anna (apartment)

Tawaran Hebat! Tawaran Hebat!
Harga runtuh kebaboomm!!

RM190/malam (flat/non-nego rate)*****

untuk SEMUA rangkaian homestay kami di Sungai Dua dan Tanjung Tokong, Pulau Pinang!!

Disember 2016 dan Januari 2017 ini,
Selalu penginapan kena caj lebih kan?
Terutamanya untuk Disember! Betul tak?

Di sini Rangkaian Homestay Zulaikha hendak bagi diskaun!

Ha! Tak percaya!
Jom nak bagitau!

Offer kami bermula hari ini

:           4 Dis 2016 (Ahad)

                    sehingga

           31 Jan 2017 (Selasa)!!

Jadi apa lagi! Tempahlah sekarang sebelum terlepas peluang keemasan ini!!

*nota: tawaran ini sah untuk tempahan bermula (check-in) bermula pada hari-hari berikut sahaja: 
Isnin, Selasa, Rabu

**bagi tempahan untuk hari-hari berikut:

Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad;
caj adalah seperti biasa
(ambil perhatian yang kami tidak kenakan surcaj untuk cuti umum mahupun cuti sekolah)

*****Tawaran hanya untuk family sahaja, maksimum 8 orang/honestay utk homestay di Sungai Dua & maksimum 6 orang/homestay untuk homestay di Tanjung Tokong.

Selamat bercuti !!!😍😍😍

Friday, November 18, 2016

Anna Homestay

Teks: Anna Homestay
Foto: Anna Homestay
Ruang tamu Anna Homestay (airconditioned) dilengkapi televisyen, dvd player serta sofabed.

Mahu jalan-jalan di Pulau Pinang? Mahu penginapan berdekatan kemudahan-kemudahan asas serta shopping complex? Mahu dekat dengan bandar?

Kami ada semua ini.

Hubungi kami hari ini untuk pengalaman percutian bajet yang menggembirakan anda!

Thursday, November 17, 2016

Anna Homestay

Teks: Anna Homestay
Foto: Anna Homestay


Selamat datang ke homestay terbaru dalam Rangkaian Homestay Zulaikha & Rossa kami.

Memperkenalkan Anna Homestay. Homestay ini terletak di Palm Court Apartment, Tanjung Tokong. Berdekatan kawasan komersial Tanjung Tokong, termasuklah Island Plaza, Straits Quay dan Tesco Seri Tanjung Pinang.

Jarak dari homestay ini ke Batu Feringghi juga hanya dalam 10-15 minit menaiki kenderaan.

Alamilah pengalaman percutian anda di Pulau Mutiara dengan bajet yang anda mampu dan penginapan yang selesa untuk anda sekeluarga.

Apartmen ini mempunya 3 bilik, 1 bilik mandi dan 1 bilik air. Antara kemudahan disediakan adalah:

1) dapur dan peralatan memasak
2) katil queen di dua bilik, katil single dengan underbed di 1 bilik. Dua bilik dilengkapi aircond dan 1 bilik kipas berdiri. 
3) kemudahan toto
4) aircond di ruang tamu serta sofabed untuk keselesaan menonton tv. Pemain dvd juga disediakan.
5) mesin basuh

Hubungi kami hari ini untuk mengelakkan kesesakan tempahan waktu akhir.

Tuesday, October 18, 2016

Promosi Zulaikha Homestay

Teks: Zulaikha Homestay

Selain dari menyewakan keseluruhan homestay, kami juga bersedia menerima kumpulan kecil serta 'single traveller'.

Harga serta jumlah bilik juga boleh dirundingkan.

Jika anda hanya perlukan 1 bilik, mengapa bayar untuk 4, bukan?

Juga, jika anda adalah kumpulan 'backpackers' yang inginkan penginapan bajet, kami juga boleh membantu anda.

Apa lagi?
Ambil beg dan mulakan perjalanan anda! 

Hubungi kami hari ini untuk tempahan awal!

Hubungi:

Sunday, October 16, 2016

Zulaikha Homestay

Teks: Zulaikha Homestay

Salah satu faedah bisnes homestay berbanding rumah sewa adalah, apabila adik-beradik hendak jalan-jalan sekitar Pulau Pinang, penginapan untuk mereka sudah tersedia. Sementelah lagi emak dan ayah saya tinggal jauh di Kedah.

Jadi, jika ada apa-apa urusan berdekatan kawasan ini, idak perlulah mereka kelam-kabut untuk pulang ke Kedah. Penginapan selesa sudah tersedia.

Alhamdulillah, salah satu niat saya menjalankan bisnes homestay ini adalah untuk memudahkan adik-beradik tumpang berehat dan menginap sekiranya mereka ke sini. Setakat ini, hajat ini sudah tercapai.

Semoga rangkaian homestay kami terus memberikan manfaat kepada semua terutama para tetamu yang mencari penginapan selesa pada harga yang berpatutan.

Selamat bercuti!

Monday, October 10, 2016

Promosi Zulaikha Homestay

Teks: Zulaikha Homestay

Kali ini promosi untuk kumpulan kecil.

Jika anda hanya berdua dan memerlukan penginapan sesuai bajet anda, hubungi kami.

Kami ada pakej untuk kumpulan seperti anda.

Apa beza kami dengan hotel bajet?

Dengan harga jauh lebih murah dari hotel bajet, anda dapat ruang yang luas dan kemudahan yang lebih.

Tertarik dengan tawaran ini?

Hubungi kami di Zulaikha Homestay sekarang untuk tempahan percutian anda!

Ana (0124208212

Tuesday, September 6, 2016

Rossa Homestay

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha Rossa

Zulaikha Homestay dan Rossa Homestay adalah adik-beradik.

Zulaikha Homestay bermula 2 tahun awal dari Rossa Homestay.

Homestay-homestay ini mempunya ciri-ciri yang hampir serupa dengan 4 bilik, 3 bilik air.

Keluasan kedua2 rumah adalah sama. Setiap rumah dilengkapi dengan 2 airconditioner, 1 di ruang tamu, 1 lagi di Master Bedroom.

Semua 4 bilik di setiap rumah dilengkapi katil saiz Queen, bantal 2 biji serta selimut setiap bilik serta kipas siling.

Master bedroom ada attached bilik air di dalamnya. Toto juga disediakan di premis-premis kami.

Kemudahan lain adalah ruang menonton di tingkat atas, ruang membaca dan rak buku di tingkat bawah, dapur untuk memasak dengan kelengkapan seperti periuk, kuali dan pinggan serta cawan/gelas dan jag air.

Kemudahan lain termasuklah periuk elektrik, cerek elektrik serta mesin basuh.

Sedikit perbezaan antara kedua homestay ini adalah:

1) kumpulan besar biasanya kami letakkan di Zulaikha Homestay kerana kemudahan parking yang lebih luas berbanding Rossa Homestay.

2) Zulaikha Homestay adalah teres dua tingkat lot tengah, manakala Rossa Homestay adalah teres dua tingkat end lot. 

Mahu bercuti? Tempah sekarang kerana jadual kami pada bulan Disember sudah mula diisi dengan tempahan2 awal!

Hubungi kami sekarang di:
1) 012 481 8212 (Zul)
2) 012 420 8212 (Ana: w/app preferred)

☺️☺️

Monday, August 15, 2016

Promosi Ogos Sempena Sambutan Merdeka ke-59!

Teks: Zulaikha Rossa Homestay

Promosi 'flat rate' untuk bulan Ogos sahaja!

Weekdays (Monday-Thursday): RM150/day

Weekends (Friday-Sunday): RM200/day

Kami menyediakan penginapan yang selesa untuk minimum 8 orang.

Tempahlah sekarang sebelum terlambat!

Hubungi:

Ana: 012-420 8212 (sms/whatsApp preferred).

Monday, July 11, 2016

Cita-cita bermula dengan angan-angan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Cita-cita bermula dengan angan-angan yang diusahakan untuk direalisasikan.

Jangan pernah mengatakan sesuatu idea itu 'crap' sehingga kita memulakan langkah pertama ke arah mencapainya.

Demi mencapai sesuatu, jangan menunggu sehingga 'suatu masa nanti', mulakan sekarang, langkah demi langkah.

Mulakan dengan sekecil langkah, dengan ilmu yang permulaan. Sepanjang perjalanan, kita akan belajar banyak hal berkaitan.

Percayalah. Saya sedang melaluinya.

Jom sama-sama kita mengorak langkah! 😍😍

Saturday, May 28, 2016

Foto Rossa Homestay

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha Rossa
Foto: Rangkaian Homestay Zulaikha Rossa

Master bedroom dilengkapi bilik air serta aircond dan kipas siling

Ruang menonton di tingkat atas berserta pemain DVD untuk tontonan sekeluarga

Master bedroom yang luas dan selesa

Bilik ke-4 di tingkat atas


Pandangan hadapan rumah (lot tepi) dengan kemudahan parking untuk 2 kereta

Ruang tamu dilengkapi kipas siling serta aircond dan dua set sofa

Meja makan serta buaian untuk ruang rehat

Meja makan untuk 6 orang

Ruang dapur untuk memasak
 Berminat? Hubungi saya:

Ana : 012 420 8212 (w/app preferred)
Zul :  012 481 8212 (w/app preferred)

Foto Zulaikha Homestay

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha Rossa
Foto: Rangkaian Homestay Zulaikha Rossa

# 4 bilik 3 bilik air # katil saiz queen setiap bilik # ruang tamu dengan 2 set sofa # setiap bilik mempunyai kipas siling (tambahan aircond di Master Bedroom), Almari pakaian, cermin dan meja solek

Dapur lengkap untuk kemudahan memasak

Pandangan hadapan rumah

Ruang tamu dengan rak buku bagi yang minat membaca

Pandangan penuh ruang tamu dengan kipas siling serta aircond

Meja makan untuk 6 orang, ruang tamu luas dan selesa

Meja makan

Kabinet dapur ringkas menjadikan ruang dapur selesa

Ruang menonton dilengkapi sofa di tingkat atas dilengkapi pemain DVD serta VCD untuk tontonan sekeluarga

Meja di ruang tamu
Berminat? Hubungi saya di talian:

Ana: 012 420 8212 (w/app preferred)
Zul : 012 481 8212 (w/app preferred)

Tuesday, January 19, 2016

Rangkaian Zulaikha Rossa Homestay

Foto: Rozanah Zakaria (Koleksi foto Zulaikha & Rossa Homestay)
Ruang tamu, dapur serta meja makan yang selesa.
Rumah teres dua tingkat, lot tengah. 4 bilik dan 3 bilik air.
Kemudahan dapur serta alatan memasak yang lengkap.

Ruang tamu yang selesa. Unit tepi.
Meja makan untuk 6 orang.
Bilik penginapan yang selesa dengan kemudahan asas solat.