Tuesday, December 27, 2016

Pentingnya Adab dalam Berbisnes

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha (RHZ)
Foto: Rangkaian Homestay Zulaikha

Anna Homestay, Apartment Palm Court, Tanjung Tokong

Situasi 1:
Seseorang mesej untuk bertanyakan homestay.

Caller: Ni Zulaikha Homestay?
RHZ: Ye betul.
Caller: Nak tanya homestay ni di mana?
RHZ: (Blue tick): baca mesej tapi tak sempat balas kerana mesyuarat bermula.
...

Selang beberapa lama selepas itu.

Caller: Blue tick je? Macam ni baik tak payah meniaga!!!
RHZ: ... (kelu tak terkata apa-apa).

Situasi 2:
Seseorang mesej, juga untuk bertanya tentang tempahan homestay.

Caller: Salam cik, saya *Am, nak tanya tempahan homestay untuk raya nanti.
RHZ: Ye cik Am. Homestay masih kosong. Berapa haribulan ye?
Caller: Tarikhnya dari ... sehingga .... Macam mana dengan deposit ye?
RHZ: Deposit saya ambil RM50 satu malam cik.
Caller: Ok saya confirm untuk booking, nanti selepas bank in deposit saya notify ye.
RHZ: Ok terima kasih banyak-banyak cik Am.
Caller: Sama-sama

...
Selang beberapa hari selepas itu.

Caller: Salam cik Ana, saya dah bank in deposit. Confirm ye.
RHZ: Salam cik Am. Baik, saya block booking calendar untuk cik.

*bukan nama sebenar.

Kesimpulan:

Urusan masing-masing akan jadi mudah andai kedua-dua pihak bertoleransi dan saling hormat-menghormati.
Tidak rugi pun berbudi bahasa, kan?

Saturday, December 24, 2016

Jom Travel

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Di sebalik hujan, sentiasa ada pelangi yang indah.

Travelling sentiasa menjadi minat saya selamanya.

Call it a bit exaggerating a statement.
Call it whatever, I love travelling, it's in my blood.
Rasanya saya mendapat ini daripada ayah saya yang suka berjalan melihat tempat orang.

Saya berasal dari kampung kecil, Kampung Pida Tiga.
Saya percaya ramai yang tidak tahu 'kewujudan' kampung saya dalam peta Malaysia ini. Hehe.
Tapi jika saya katakan saya berasal dari daerah Kubang Pasu, agaknya majoriti dapat menggambarkan di mana saya ye.

Kecil-kecil dahulu, ayah suka bawa saya berjalan-jalan meronda pekan Alor Setar.
Ketika itu Jitra masih belum dibangunkan seperti hari ini.
Disebabkan nature saya suka meronda seperti ayah, kami memang ngam dalam bab ini sejak saya kecil.

Adik lelaki saya pula jika diajak ayah, selalu menolak.
Jadi, saya gunakan kesempatan itu menawarkan diri menggantikan adik. Hehe.
Emak pula memang tidak kisah kerana kata emak,
"Depa dua orang ni, kalau berjalan jenuh nak ikut, habis satu pekan Alor Setaq ni depa ronda".
Saya tersenyum mengingatkan itu.

Rentetan daripada itu, di sekolah menengah, saya akan pastikan saya meberuskan 'tradisi' itu setiap hujung minggu, Sabtu, keluar ke pekan.
Saya tinggal di asrama dan setiap Sabtu kami dibenarkan keluar ke bandar.
Apa lagi, peluang yang saya gunakan sepenuhnya sepanjang 5 tahun saya bersekolah menengah di Pekan Alor Setar.

Di universiti, saya bersama kawan-kawan pernah pergi sejauh Umbai, Melaka semata-mata kerana ikan bakar!
Ketika itu saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Gombak.

Memasuki alam pekerjaan, saya pastikan setiap tahun saya akan pergi holiday bersama kawan-kawan. Memang travelling adalah the in-thing bagi saya. Gatal rasanya kaki saya jika tidak dapat berjalan-jalan. :)

Setelah berkahwin, takdir Allah menentukan segalanya.
Suami saya adalah avid traveller!
Apalagi, daripada awal-awal dahulu kami hanya travel dalam negara, sekali setahun; kini kami menapak ke luar negara.
Juga, dahulu saya hanya bercuti sekali setahun, kini sudah menjadi dua kali setahun.
Sedar tak sedar, kini perkahwinan kami sudah memasuki tahun ketiga belas.
Dan tiada satu tahun terlepas tanpa kami travel ke mana-mana.

Jadi, dengan beberapa hari berbaki ke penghujung 2016, apa kata anda pergi jalan-jalan bersama keluarga?
masa yang singkat bukan bererti kegembiraan kita juga harus 'singkat', bukan?

Jom! Ikuti catatan travel saya berjalan-jalan di Perak dan Pulau Pinang!
Nantikan update saya dari tempat-tempat menarik sekitar dua negeri ini!

Happy holiday!


Tuesday, December 20, 2016

Rutin pengusaha homestay

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha
Foto: Anna Homestay


Hendak dikatakan rutin harian, tidaklah sangat. Sebab? Setakat ini orang menginap di homestay saya tak adalah sampai 365 hari setahun. Hehe. Belum lagi agaknya. 😇

Hari kejadian.
Seawal hari tetamu bakal menginap. Jarang saya boleh bersenang-lenang. Macam-macam di fikiran. Usai homestay dikemas, terfikir kalau-kalau servis tidak menepati citarasa tetamu.

Check-in.
Semasa check-in, berdebar juga. Aturan biasa adalah ambil baki duit tempahan (setelah ditolak deposit awal), serah kunci, kemudian urusan 'selesai'.

Check-out.
Sehingga ke tahap ini, senak di perit hampir hilang. Apabila tetamu check-out, kemudian dapat whatsApp penghargaan atau mereka berpuas hati, fuh! Lega yang teramat sangat.

Mengemas.
Selalunya ada seorang kakak ini yang akan mengemas homestay saya setelah tetamu keluar. Namun, adakala kak N ada hal yang tidak dapat dielakkan, jadi saya akan mengemas sendiri. Haha! Penat memang penat. Jika 1 homestay 2 jam minimum masa untuk mengemas, jadi 2  homestay, 4 jam. Itu pun, jika tumah tidak ditinggalkan bagai 'tongkang pecah'! Haha.

Kesimpulan.
Walau apa pun yang kita lakukan, tiada jalan pintas untuk berjaya. Setiap liku-liku kehidupan dan onak duri, harus kita lalui untuk suatu kejayaan yang bermakna. Andai tiada malam yang gelap-gelita, masakan kita dapat menikmati keindahan bintang-bintang di angkasa, bukan?

Sampai ketemu lagi.

Saturday, December 3, 2016

Tawaran Hebat Disember 2016/ Januari 2017

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha
Foto: Rangkaian Homestay Zulaikha

               Rossa (teres 2 tingkat)

             Zulaikha (teres 2 tingkat)

                Anna (apartment)

Tawaran Hebat! Tawaran Hebat!
Harga runtuh kebaboomm!!

RM190/malam (flat/non-nego rate)*****

untuk SEMUA rangkaian homestay kami di Sungai Dua dan Tanjung Tokong, Pulau Pinang!!

Disember 2016 dan Januari 2017 ini,
Selalu penginapan kena caj lebih kan?
Terutamanya untuk Disember! Betul tak?

Di sini Rangkaian Homestay Zulaikha hendak bagi diskaun!

Ha! Tak percaya!
Jom nak bagitau!

Offer kami bermula hari ini

:           4 Dis 2016 (Ahad)

                    sehingga

           31 Jan 2017 (Selasa)!!

Jadi apa lagi! Tempahlah sekarang sebelum terlepas peluang keemasan ini!!

*nota: tawaran ini sah untuk tempahan bermula (check-in) bermula pada hari-hari berikut sahaja: 
Isnin, Selasa, Rabu

**bagi tempahan untuk hari-hari berikut:

Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad;
caj adalah seperti biasa
(ambil perhatian yang kami tidak kenakan surcaj untuk cuti umum mahupun cuti sekolah)

*****Tawaran hanya untuk family sahaja, maksimum 8 orang/honestay utk homestay di Sungai Dua & maksimum 6 orang/homestay untuk homestay di Tanjung Tokong.

Selamat bercuti !!!😍😍😍