Monday, November 16, 2015

Hidup ini indah

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Hidup ini indah.

Sejak masuk tahun 2016, aku bersemangat waja. Ya, aku juga punya kereta waja, bolehlah tumpang semangat kereta ye, hehe.

Semangat yang berkobar-kobar aku mulai dengan acara #freemarket aku yang kedua di Flat Bagan Dalam, Bagan, Butterworth. Yang pertama dahulu di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah.

Sejak aku sertai #freemarket ini, bermacam dugaan sudah aku tempuhi. Yang paling berat adalah diri sendiri. Itu belum dikira dengan pelbagai ragam orang yang menelefon bertanyakan perihal konsep yang baru di Malaysia ini.

Tidak kurang juga yang sarkastik, seolah-olah aku dan kawan-kawan membuat satu kesalahan dengan menawarkan barang atau perkhidmatan kemasyarakatan secara percuma. Pelik juga manusia kadang-kadang. Huh.

Namun, aku tidak mudah goyah. Aku sudah mencongak perkara sebegini bakal muncul dalam hidup aku. Bukan mudah juga laluan hidup aku sehingga mencapai ke tahap sekarang. Jadi, jika ada yang beranggapan aku anak emas ayah yang diberikan serta diturutkan segala kehendak aku dengan mudah, ternyata mereka memang tidak mengenali aku.

Biarlah, meladeni perasaan serta aura negatif harus dengan pancaran yang positif.

Alhamdulillah, suami tercinta serta ahli keluarga memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi. Bagi aku, itu sudah cukup. 

Moga aku terus diberi kekuatan untuk terus memberi tanpa mengharapkan balasan.

Ya, hidup ini sangat indah.

Ameen.

Thursday, August 20, 2015

Syukur.

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Sumber: www.stevetallamy.com
 
Salam pagi Jumaat yang ceria.
 
Alhamdulillah dalam kesibukan, Rossa dan Zulaikha Homestay kendalian saya dan suami berkembang agak laju. Pada ketika saya menulis ini, Zulaikha Homestay dihuni tetamu selama10 hari manakala Rossa Homestay bakal menerima tetamu petang ini.
 
Tempahan berderet-deret sehinggakan tidak menang tangan. Sambil saya menaip tugasan kerja, sambil tangan sebelah melayan panggilan telefon bakal tetamu homestay. Alhamdulillah syukur tidak terhingga atas kurniaanNya yang Esa.
 
Kebiasaannya, salah satu soalan yang saya tanya apabila mendapat panggilan untuk tempahan homestay, "Puan lihat iklan di mana ya?". Kebanyakan adalah dari carian dalam laman mudah.my. Pengiklanan yang amat berkesan menggunakan tapak ini walaupun iklannya saya ambil yang percuma. Salah satu jawapan lagi adalah daripada blog rakan saya sejak sekolah, Puan Zarina atau lebih dikenali di blog beliau puanhazel.blogspot.com. Thanks a million friend.

Jom belek kalendar cuti sekarang!
 
Tempah homestay awal untuk percutian yang bakal menjadi memori terindah dalam hidup anda.

Adios!

Sunday, July 26, 2015

Panduan Mengemas Homestay Cepat dan Efisyen

Teks: Zulaikha Rossa Homestay

Panduan mengemas homestay dalam masa sejam.

Saya mengemas homestay sendiri. Kadang-kala sahaja saya upah pekerja. Dulu saya ambil masa sehingga 2 jam sebuah homestay. Jadi jumlah 4 jam untuk dua homestay, fuh, penat!

Namun, mujurlah saya cepat belajar tips dari suami saya. Jom ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1) mop dengan pantas bg area yang tidak rercemar dengan kotoran

2) gunakan air panas untuk kerja mengemop yang lebih mudah serta meninggalkan kesan 'shiny' pada lantai

3) pastikan dalam bilik air ada alatan cucian yang khas seperti: berus lantai, berus sinki, berus 'toilet bowl' dan cecair pencuci bagi mempercepatkan kerja mencuci.

5) penyapu (pastikan beli yang ringan) dan penyodok sampah (cek sebelum beli bagi memastikan permukaan penyodok rapat di lantai, hal ini nampak remeh tetapi boleh membantu mempercepatkan kerja memgemas anda. Saya cadangkan beli penyodok yang berharga RM2.50 -harga mungkin berbeza mengikut tempat, saya beli di Sungai Dua - penyodok stail lama)

4) pakai apron yang banyak poket (lagi banyak lagi bagus) bagi memuatkan alatan mencuci asas seperti 'glass cleaner', kain lap (1 untuk kering, 1 untuk basah), bulu ayam, berus sabut kecil, tuala 'good morning' (untuk mengelap peluh anda), plastik sampah dan beg cadar.

Lakukan kesemua tugas ini tanpa henti, kerana dengan menggunakan masa yang ada sepenuhnya, anda boleh memanfaatkan masa lebihan yang ada untuk merehatkan badan buat seketika.

Akhir sekali, jangan lupa kunci grill homestay semasa anda mengemas.

Selamat beramal.

Wasaalam.

Rossa semakin berkembang

Teks: Rossa Homestay

Sudah melepasi 3 bulan Rossa Homestay beroperasi.

Terima kasih tidak terhingga buat tetamu-tetamu yang sudi menginap di teratak kecil kami.
Alhamdulillah, sejak pembukaan secara rasmi Rossa Homestay pada 24 April 2015, tempahan tidak putus-putus setiap hujung minggu termasuk dikala cuti umum.

Sehingga kini, jadual Rossa Homestay sudah penuh sehingga November ini.
Jom menginap di homestay kami.

Kami sangat berbesar hati untuk membantu anda merealisasikan impian percutian anda dengan menyediakan penginapan selesa dengan harga berpatutan.

Wassalam.

Tuesday, June 9, 2015

Cabaran mendatang

Teks: Rossa Homestay

Alhamdulillah.

Sejak pembukaan secara rasmi pada 24 april 2015, permintaan dan tempahan Rossa Homestay tidak pernah surut. Terakhir adalah minggu lepas semasa saya sedang bercuti di Shanghai. Amin. Rezeki Allah yang tentukan, kita hanya berusaha.

Sempena Ranadhan yang bakal menjelang, kami pengurusan Rossa Homestay dan Zulaikha Homestay ingin  mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua tetamu yang pernah menginap di kedua-dua homestay kami. In sha Allah, jika tiada aral, doakan kami mengorak langkah lebih jauh dalam bidang ini.

Sehingga bertemu lagi, Salam Ramadhan al-Mubarak.

Wassalam.

Sunday, April 26, 2015

Terma dan Syarat Zulaikha & Rossa Homestay

Teks: Zulaikha & Rossa Homestay

Alhamdulillah Rossa Homestay telah dibuka dengan rasminya pada 24April lalu.

Walau agak mencabar mengejar 'deadline' sendiri, berjaya juga disiapkan semuanya pada 24 April pagi. Terima kasih tidak terhingga kepada suami saya yang sangat bersemangat dan sentiasa memastikan jadual kerja kami dipatuhi.

Di sini terdapat beberapa terma dan syarat yang kami gariskan bagi melancarkan pengurusan homestay ini, sekaligus diharap memberi keselesaan kepada para tetamu.

1) Deposit untuk setiap malam tempahan penginapan adalah pada kadar RM50 semalam. Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dilakukan dalam tempoh tidak kurang 48 jam. Deposit akan dipulangkan jika syarat ini dipatuhi.

2) Setiap tempahan hanya akan di 'block' dengan deposit.

3) Late 'check-in' selepas jam 12 malam tdak tertakluk kepada sebarang diskaun.

4) 'Request' untuk bantal atau toto 'extra' hemdaklah dimaklumkan semasa membuat tempahan. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan.

5) Jumlah maksimum tetamu adalah 15 orang dewasa.

6) Tetamu yang menaiki bas diminta memaklumkan kepada pemilik homestay agar kami dapat menyelaras 'parking' anda. Syarat ini hanya tertakluk kepada Zulaikha Homestay. Rossa Homestay hanya menerima tetamu berkereta (maksimum 3 kereta) kerana tempat 'parking' yang terhad.

Semoga garis panduan ini dapat membantu melancarkan perancangan percutian dan pemginapan anda.

Wassalam.

Monday, February 2, 2015

Koleksi Buku Zulaikha Homestay

Teks: Zulaikha Homestay

Anda minat membaca? Adakah membaca ketika bercuti menjaadi salah satu aktiviti anda? Jika begitu, Zulaikha Homestay adalah penginapan yang tepat untuk anda.

Di Zulaikha Homestay, terdapat rak besar menempatkan koleksi buku-buku cerita, novel, biografi, buku ilmiah, buku masakan dan pelbagai genre lagi dalam bahasa Melayu serta Inggeris. Semua bahan bacaan ini adalah kolesi peribadi pemilik Zulaikha Homestay yang ingin berkongsi passion beliau dengan para pengunjung Zulaikha Homestay.

Cuma satu sahaja yang dipohon, tetamu yang menginap diminta enjaga buku-buku tersebut dan meletakkan semula buku yang telah dibaca di rak yang disediakan.

Semoga percutian anda menjadi lebih bermakna dengan kemudahan yang kami sediakan ini!

Wassalam.

Ahli Baru dalam Zulaikha Homestay!

Teks: Zulaikha Homestay

Salam, memperkenalkan 'saudara' baru dalam bisnes Zulaikha Homestay. Rossa Homestay. Ini adalah edisi kedua homestay kami yang saya harapkan akan mencapai jumlah 25 homestay pada ketika saya pencen! Harap-haraplah kan. :)

Pada ketika saya menulis artikel ini, Rossa Homestay masih dalam pembikinan. Pembukaan rasmi akan kami lancarkan pada penghujung Mei 2015 in sha Allah.

Moga para pelanggan yang pernah ke Zulaikha Homestay akan terus memberi kepercayaan kepada kami. Semoga anda terus memberikan sokongan kepada kami.

Sehubungan perasmian penjenamaan Rossa Homestay, kami membuka peluang kepada 10 bakal pengunjung bertuah diskaun yang hebat untuk penginapan 3 hari 2 malam di Rossa Homestay bermula Jun ini. Cepat! Jangan lepaskan peluang ini kerana tetamu #1 untuk Rossa Homestay telah membuat tempahan untuk 3 hari 2 malam dengan harga runtuh!

Semoga bertemu lagi. Wassalam.