Friday, November 18, 2016

Anna Homestay

Teks: Anna Homestay
Foto: Anna Homestay
Ruang tamu Anna Homestay (airconditioned) dilengkapi televisyen, dvd player serta sofabed.

Mahu jalan-jalan di Pulau Pinang? Mahu penginapan berdekatan kemudahan-kemudahan asas serta shopping complex? Mahu dekat dengan bandar?

Kami ada semua ini.

Hubungi kami hari ini untuk pengalaman percutian bajet yang menggembirakan anda!

Thursday, November 17, 2016

Anna Homestay

Teks: Anna Homestay
Foto: Anna Homestay


Selamat datang ke homestay terbaru dalam Rangkaian Homestay Zulaikha & Rossa kami.

Memperkenalkan Anna Homestay. Homestay ini terletak di Palm Court Apartment, Tanjung Tokong. Berdekatan kawasan komersial Tanjung Tokong, termasuklah Island Plaza, Straits Quay dan Tesco Seri Tanjung Pinang.

Jarak dari homestay ini ke Batu Feringghi juga hanya dalam 10-15 minit menaiki kenderaan.

Alamilah pengalaman percutian anda di Pulau Mutiara dengan bajet yang anda mampu dan penginapan yang selesa untuk anda sekeluarga.

Apartmen ini mempunya 3 bilik, 1 bilik mandi dan 1 bilik air. Antara kemudahan disediakan adalah:

1) dapur dan peralatan memasak
2) katil queen di dua bilik, katil single dengan underbed di 1 bilik. Dua bilik dilengkapi aircond dan 1 bilik kipas berdiri. 
3) kemudahan toto
4) aircond di ruang tamu serta sofabed untuk keselesaan menonton tv. Pemain dvd juga disediakan.
5) mesin basuh

Hubungi kami hari ini untuk mengelakkan kesesakan tempahan waktu akhir.

Tuesday, October 18, 2016

Promosi Zulaikha Homestay

Teks: Zulaikha Homestay

Selain dari menyewakan keseluruhan homestay, kami juga bersedia menerima kumpulan kecil serta 'single traveller'.

Harga serta jumlah bilik juga boleh dirundingkan.

Jika anda hanya perlukan 1 bilik, mengapa bayar untuk 4, bukan?

Juga, jika anda adalah kumpulan 'backpackers' yang inginkan penginapan bajet, kami juga boleh membantu anda.

Apa lagi?
Ambil beg dan mulakan perjalanan anda! 

Hubungi kami hari ini untuk tempahan awal!

Hubungi:

Sunday, October 16, 2016

Zulaikha Homestay

Teks: Zulaikha Homestay

Salah satu faedah bisnes homestay berbanding rumah sewa adalah, apabila adik-beradik hendak jalan-jalan sekitar Pulau Pinang, penginapan untuk mereka sudah tersedia. Sementelah lagi emak dan ayah saya tinggal jauh di Kedah.

Jadi, jika ada apa-apa urusan berdekatan kawasan ini, idak perlulah mereka kelam-kabut untuk pulang ke Kedah. Penginapan selesa sudah tersedia.

Alhamdulillah, salah satu niat saya menjalankan bisnes homestay ini adalah untuk memudahkan adik-beradik tumpang berehat dan menginap sekiranya mereka ke sini. Setakat ini, hajat ini sudah tercapai.

Semoga rangkaian homestay kami terus memberikan manfaat kepada semua terutama para tetamu yang mencari penginapan selesa pada harga yang berpatutan.

Selamat bercuti!

Monday, October 10, 2016

Promosi Zulaikha Homestay

Teks: Zulaikha Homestay

Kali ini promosi untuk kumpulan kecil.

Jika anda hanya berdua dan memerlukan penginapan sesuai bajet anda, hubungi kami.

Kami ada pakej untuk kumpulan seperti anda.

Apa beza kami dengan hotel bajet?

Dengan harga jauh lebih murah dari hotel bajet, anda dapat ruang yang luas dan kemudahan yang lebih.

Tertarik dengan tawaran ini?

Hubungi kami di Zulaikha Homestay sekarang untuk tempahan percutian anda!

Ana (0124208212

Tuesday, September 6, 2016

Rossa Homestay

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha Rossa

Zulaikha Homestay dan Rossa Homestay adalah adik-beradik.

Zulaikha Homestay bermula 2 tahun awal dari Rossa Homestay.

Homestay-homestay ini mempunya ciri-ciri yang hampir serupa dengan 4 bilik, 3 bilik air.

Keluasan kedua2 rumah adalah sama. Setiap rumah dilengkapi dengan 2 airconditioner, 1 di ruang tamu, 1 lagi di Master Bedroom.

Semua 4 bilik di setiap rumah dilengkapi katil saiz Queen, bantal 2 biji serta selimut setiap bilik serta kipas siling.

Master bedroom ada attached bilik air di dalamnya. Toto juga disediakan di premis-premis kami.

Kemudahan lain adalah ruang menonton di tingkat atas, ruang membaca dan rak buku di tingkat bawah, dapur untuk memasak dengan kelengkapan seperti periuk, kuali dan pinggan serta cawan/gelas dan jag air.

Kemudahan lain termasuklah periuk elektrik, cerek elektrik serta mesin basuh.

Sedikit perbezaan antara kedua homestay ini adalah:

1) kumpulan besar biasanya kami letakkan di Zulaikha Homestay kerana kemudahan parking yang lebih luas berbanding Rossa Homestay.

2) Zulaikha Homestay adalah teres dua tingkat lot tengah, manakala Rossa Homestay adalah teres dua tingkat end lot. 

Mahu bercuti? Tempah sekarang kerana jadual kami pada bulan Disember sudah mula diisi dengan tempahan2 awal!

Hubungi kami sekarang di:
1) 012 481 8212 (Zul)
2) 012 420 8212 (Ana: w/app preferred)

☺️☺️

Monday, August 15, 2016

Promosi Ogos Sempena Sambutan Merdeka ke-59!

Teks: Zulaikha Rossa Homestay

Promosi 'flat rate' untuk bulan Ogos sahaja!

Weekdays (Monday-Thursday): RM150/day

Weekends (Friday-Sunday): RM200/day

Kami menyediakan penginapan yang selesa untuk minimum 8 orang.

Tempahlah sekarang sebelum terlambat!

Hubungi:

Ana: 012-420 8212 (sms/whatsApp preferred).