Thursday, July 6, 2017

Pengurusan homestay: pemilihan perabot

Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha

Nampak simple tapi, bab paling penting dalam pemilihan perabot ni adalah praktikaliti & maintenance. Yep! Right!

Ikuti ulasan ringkas berikut:

1) Katil: beli jenis divan.
Sebab?
Kau tak payah nanti nak merangkak bawah katil tu semata-mata nak capai plastik twisties di hujung tepi dinding. Kan penat? Haha!

2) Meja makan: beli jenis berat, top finishing kaca.
Sebab?
Kebarangkalian meja kau diubah ke sana-sini adalah kurang. Berat kan? Otherwise, selamat bertolak-tolak. Haha. Lagi satu, bila table top tu kaca, senang nak cuci. Bersih, comel je kan? Nak makan pun bertambah nasi nanti, right? 😉

3) Sofa: beli yg suede boleh, kulit pun boleh
Sebab? Sofa ni sebenarnya dia menambah ambience yang menarik kepada homestay korang. Tak percaya? Cuba tengok ruang tamu rumah korang dengan rumah mak cik Milah yang menang hadiah sofa Lorenzo semalam? Haha! Lawak di petang hari.
Tapi? Pastikan sofa ni semua jenis yang tahan lasak dan simple, kalau boleh bukan jenis yang boleh transform jadi katil ke apa. Sebab? Pening kepala bab maintenance nanti (dah ada experience ni, 🤦🏻♀️😅).

4) Almari: beli jenis yang ada cermin kat pintu.
Sebab? Kau dah save cost & save time untuk mengemas nanti. Kalau beli jenis yang ada meja solek bagai (boleh je kalau nak beli, tak salah, tapi I'm talking about saving time untuk maintenance & bab mengemas), nanti tiap-tiap kali nak sapu, kau kena tarik bangku meja solek tu, tak kira lagi bab kaki bangku tu patah? Adeh! Pening! 😅

Okey. Setakat tu dulu.

Apa yang ditulis ni adalah dari pengalaman saya menguruskan homestay. Diharap ianya bermanfaat untuk yang bercadang ingin memulakan bisnes homestay, atau yang sudah memulakan bisnes & ingin mengembangkan lagi bisnes sedia ada.

Sumbangan idea & penambahbaikan amat dialu-alukan & boleh email ke rozannezakaria@gmail.com.

Thanks for reading! 😍




No comments:

Post a Comment