Saturday, June 15, 2024

Update berkenaan homestay

 Teks: Rangkaian Homestay Zulaikha Sungai Dua Butterworth

Homestay kami bermula dengan 1 unit teres dua tingkat di pekan Sungai Dua, Butterworth (berdekatan exit Lebuhraya PLUS Tol Sungai Dua) pada tahun 2013, dikenali dengan nama Zulaikha Homestay. 

Kemudian diikuti yang kedua setahun selepasnya, dikenali pula dengan nama Rossa Homestay, kedua-duanya di taman yang sama serta model rumah yang sama, cuma lorong sahaja berlainan.

Beberapa tahun kemudian, kami menambah satu lagi unit homestay di Seri Tanjung Pinang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang (di kawasan dalam pulau). Ini adalah unit apartment dengan 3 bilik, 1 bilik mandi dan 1 bilik air (dulu dikenali dengan nama Anna Homestay).

Kemudian, pada tahun lepas, 2023, kami menambah satu unit homestay lagi, kali ini kembali ke Taman Sungai Dua Utama, taman yang sama dengan dua homestay yang pertama. 

Jadi kesemuanya 4 rumah tersenarai di bawah Rangkaian Homestay Zulaikha Sungai Dua Butterworth.


Namun, buat masa sekarang, hanya 2 unit beroperasi sepnuhnya sebagai homestay iaitu Homestay Rossa dan Homestay Anna (unit di Butterworth).


Ini kerana 1 unit di Taman Sungai Dua Utama serta 1 unit di Seri Tanjung Pinang telah disewakan untuk jangkamasa panjang.


Untuk maklumat lanjut, boleh whatsApp ke nombor:

0124208212 (Ana)

0124818212 (Zul)



No comments:

Post a Comment