Saturday, December 24, 2016

Jom Travel

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Di sebalik hujan, sentiasa ada pelangi yang indah.

Travelling sentiasa menjadi minat saya selamanya.

Call it a bit exaggerating a statement.
Call it whatever, I love travelling, it's in my blood.
Rasanya saya mendapat ini daripada ayah saya yang suka berjalan melihat tempat orang.

Saya berasal dari kampung kecil, Kampung Pida Tiga.
Saya percaya ramai yang tidak tahu 'kewujudan' kampung saya dalam peta Malaysia ini. Hehe.
Tapi jika saya katakan saya berasal dari daerah Kubang Pasu, agaknya majoriti dapat menggambarkan di mana saya ye.

Kecil-kecil dahulu, ayah suka bawa saya berjalan-jalan meronda pekan Alor Setar.
Ketika itu Jitra masih belum dibangunkan seperti hari ini.
Disebabkan nature saya suka meronda seperti ayah, kami memang ngam dalam bab ini sejak saya kecil.

Adik lelaki saya pula jika diajak ayah, selalu menolak.
Jadi, saya gunakan kesempatan itu menawarkan diri menggantikan adik. Hehe.
Emak pula memang tidak kisah kerana kata emak,
"Depa dua orang ni, kalau berjalan jenuh nak ikut, habis satu pekan Alor Setaq ni depa ronda".
Saya tersenyum mengingatkan itu.

Rentetan daripada itu, di sekolah menengah, saya akan pastikan saya meberuskan 'tradisi' itu setiap hujung minggu, Sabtu, keluar ke pekan.
Saya tinggal di asrama dan setiap Sabtu kami dibenarkan keluar ke bandar.
Apa lagi, peluang yang saya gunakan sepenuhnya sepanjang 5 tahun saya bersekolah menengah di Pekan Alor Setar.

Di universiti, saya bersama kawan-kawan pernah pergi sejauh Umbai, Melaka semata-mata kerana ikan bakar!
Ketika itu saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Gombak.

Memasuki alam pekerjaan, saya pastikan setiap tahun saya akan pergi holiday bersama kawan-kawan. Memang travelling adalah the in-thing bagi saya. Gatal rasanya kaki saya jika tidak dapat berjalan-jalan. :)

Setelah berkahwin, takdir Allah menentukan segalanya.
Suami saya adalah avid traveller!
Apalagi, daripada awal-awal dahulu kami hanya travel dalam negara, sekali setahun; kini kami menapak ke luar negara.
Juga, dahulu saya hanya bercuti sekali setahun, kini sudah menjadi dua kali setahun.
Sedar tak sedar, kini perkahwinan kami sudah memasuki tahun ketiga belas.
Dan tiada satu tahun terlepas tanpa kami travel ke mana-mana.

Jadi, dengan beberapa hari berbaki ke penghujung 2016, apa kata anda pergi jalan-jalan bersama keluarga?
masa yang singkat bukan bererti kegembiraan kita juga harus 'singkat', bukan?

Jom! Ikuti catatan travel saya berjalan-jalan di Perak dan Pulau Pinang!
Nantikan update saya dari tempat-tempat menarik sekitar dua negeri ini!

Happy holiday!


No comments:

Post a Comment