Sunday, October 16, 2016

Zulaikha Homestay

Teks: Zulaikha Homestay

Salah satu faedah bisnes homestay berbanding rumah sewa adalah, apabila adik-beradik hendak jalan-jalan sekitar Pulau Pinang, penginapan untuk mereka sudah tersedia. Sementelah lagi emak dan ayah saya tinggal jauh di Kedah.

Jadi, jika ada apa-apa urusan berdekatan kawasan ini, idak perlulah mereka kelam-kabut untuk pulang ke Kedah. Penginapan selesa sudah tersedia.

Alhamdulillah, salah satu niat saya menjalankan bisnes homestay ini adalah untuk memudahkan adik-beradik tumpang berehat dan menginap sekiranya mereka ke sini. Setakat ini, hajat ini sudah tercapai.

Semoga rangkaian homestay kami terus memberikan manfaat kepada semua terutama para tetamu yang mencari penginapan selesa pada harga yang berpatutan.

Selamat bercuti!

No comments:

Post a Comment